Selasa, Mac 11, 2008

Tempias PRU-12

Setelah selesai PRU-12 dan parti-parti yang dahulunya tidak memerintah, tapi sekarang diberi kepercayaan memerintah mula menghadapi masaaalah yang tidak dihadapi mereka sebelum ini. Keluar pelbagai kenyataan, pandangan dan cadangan, sama ada secara resmi atau tidak. Di antaranya ialah hal-hal di bawah ini:

1. Pandangtan (saya kira ini merupakan pandangan Ronnie, bukan keputusan DAP) menuntut Timbalan Menteri Besar mewakili org Cina dan org India, bertentangan sama sekali dengan prinsip DAP dan PKR, parti-parti yang mendakwa tidak lagi berjuang atas asas perkauman, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu perlantikan exco tidah boleh dibuat atas asas seseorang wakil rakyat itu mewakili prg Melayu, org Cina atau org India. Begitu juga dengan perlantikan Menteri besar atau Timbalan Menteri Besar. Wakil-wakil rakyat yang dipilih juga tidak boleh merasakan mereka mewakili mana-mana kaum tertentu. Dan dalam realitinya, boleh dikatakan tidak ada wakil rakyat yg terpilih, terutama di kalangan parti-parti pembangkang di Selangor dan Perak , berjaya dalam pRU-12 ini kerana diundi oleh satu-satu kaum sahaja. Semua kaum sebenarnya memberi sumbangan ke arah kemenangan mereka. Saya sebenarnya tidak menjangka cadangan/pandangan seperti itu datangnya daripada orang seperti Ronnie.

2. Semacam "kekecohan" berlaku dalam perlantikan Meneteri Besar Perak. Muncul berita yang seolah-seolah "menuduh" PAS gelojah untuk mendapat jawatan tersebut. Sepatutnya hal ini tidak timbul langsung selepas yang ampunyai diri, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin, sendiri menjelaskan yang dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Berita ini mungkin merupakan pandangan-pandangan sahaja yang kemudian dianggap sebagai satu keputusan. Lebih-lebih lagi apabila disiarkan dalam laman-laman web pro-PAS dan seumpamanya. Sungguh pun begitu, saya sangat setuju supaya pimpinan PAS dan PKR serta DAP lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Keutamaan perlu jelas dan diberiperhatian. Jangan sebarang pertanyaan daripada wartawan diberi jawapan, yang kadang-kadang dipergunakaqn untuk menikam kita sendiri.

Tiada ulasan: