Selasa, Mac 25, 2008

Bukan Deris, Tapi Dolah Yang Keras Kepala!

Kemelut perlantikan Menteri besar Terengganu nampaknya telah menjadi satu krisis perlembagaan. Isu yang pada mulanya hanya merupakan perselisihan di antara Deris Jusoh dengan Istana telah melarat dan mengheret PM Dolah Badawi serta Kerajaan Malaysia sama. Beliau begitu tegas memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deris. Orang faham kalau sebagai Presiden UMNO beliau berkeras hendakkan Deris menjadi Meneteri Besar. Akan tetapi, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya melibatkan pula Peguam Negara, yang mengeluarkan pelbagai kenyataan, "melobi" untuk Deris dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, orang mula mempersoalkan rasionalnya.


Kenapa Deris begitu penting bagi Pak Lah sehingga mengatasi kepentingan perhubungan yang baik di antara seorang Menteri Besar dengan Istana Terengganu dan perhubungan beliau dengan DYMM Yang di-Pertuan Agong? Jelas sekali Pak Lah tidak memikirkan kepentingan rakyat Terengganu dalam hal ini. Dengan berkeras inginkan Deris Jusoh yang tidak direstui oleh Istana Terengganu menjadi Menteri Besar, apakah Pak Lah ingin melihat pentadbiran negeri Terengganu menjadi kucar kacir dan tergencat yang akan menyebabkan rakyat menanggung kesannya. Sejarah pentadbiran negeri-negeri di Malaysia telah menyerlahkan keadaan ini, di Pahang, di Selangor, di Johor dan di Kelantan semasa kekuasaan UMNO-BN.

Dalam hal ini, nampaknya bukan Deris saja yang keras kepala, tetapi Pak Lah lebih keras kepalanya! Adalah dipercayai bahawa Deris tidak akan berkeras untuk menjadi Menteri Besar Terengganu setelah pembatalan majlis angkat sumpah oleh Istana sekiranya beliau tidak mendapt sokongan Pak Lah. Dengan hanya sepatah kata daripada beliau, Deris akan akur dengan pilihan Istana. Akan tetapi, sebaliknya, dengan sokongan Pak Lah, Deris telah memaksa adun-adun Terengganu, dipercayai dengan pelbagai ugutan dicampur dengan pelbagai umpan, supaya memberikan "taat setia" mereka kepada Deris sahaja dan tidak kepada orang lain, hatta kepada Sultan. Bukan itu sahaja, Pak Lah telah menggunakan Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri dalam usahanya melobi untuk Deris.

Dalam usaha mengenakan tekanan keatas Istana Terengganu, Peguam Negara telah menyerlahkan kecelaruannya. Dalam kenyataan awal yang diterbitkannya, beliau menyatakan bahawa dalam kes Terengganu, Sultan Terengganu yang telah dipilih sebagai Yang DiPertuan Agong, berdasarkan Perlembagaan Malaysia, tidak lagi boleh mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri Terengganu, termasuk perkara yang berkaitan
dengan perlantikan Menteri Besar. Urusan pentadbiran negeri Terengganu yang ada kaitan dengan Istana hendaklah dirujuk kepada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Dan itulah nampaknya yang berlaku di Terengganu. MPPR, dan bukan Sultan (Yanag DiPertuan Agong), yang telah membuat keputusan melantik ADUN Kijal, Mat Said, sebagai Menteri Besar. Akan tetapi, dalam kenyataan terakhirnya, Peguam Negara menyatakan yang beliau akan mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong untuk menerangkan kedudukan undang-undang dalam hal ini, seolah-olah "menuduh" baginda memainkan peranan dalam isu perlantikan Menteri Besar.

Adalah dipercayai bahawa Istana atau MPPR mempunyai sebab yang sangat kuat untuk tidak menerima Deris Jusoh sebagai Meneteri Besar bagi negeri Terengganu. Apalah kepentingan MPPR dan Istana untuk berbuat demikian sewenang-wenagnya? Satu sebab paling utama kenapa Istana tidak dapat menerima Deris ialah "*****iness"nya yang melampaui batas. Bagaimana Istana boleh menerima seorang yang tidak menghormati tata susila dan adat istiadat dalam berkomunikasi dengan Istana? Sebab-sebab lain yang dikemukakan menambahkan lagi kemurkaan Istana terhadap Deris. Perlantikan Mat Said sebagai Menteri Besar oleh MPPR bukanlah sangat kerana beliau merupakan yang terbaik. Akan tetapi, beliaulah satu-satunya adun yang berani menerima risiko dan mengatakan "tidak" kepada Deris. Agak sukar untuk mendapat seorang adun atau ADR (Ahli Dewan Rakyat) UMNO di Terengganu atau di negeri-negeri lain yang tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Mat Said sendiri tidaklah lebih baik daripada Deris Jusoh dalam hal ini. Malah mulutnya lebih bisa daripada mulut Deris dari segi maki hamun dalam Dewan Undangan. Akan tetapi, dalam hubungan dengan Istana, Mat Said dipercayai tidaklah se"cokcy" Deris.

Bagaimana Mat said akan dapat membentuk kerajaannya, itu terserahlah kepada kebijaksanaannya. Dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk melihat beliau akan berjaya berbuat demikian. 22 adun BN-UNMO Terengganu nampaknya masih kekal dengan tekad mereka menyokong Deris dan bukan Mat Said. Mat Said pula akan dibuang daripada UMNO sekiranya beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Kalau mengikut UMNO Terengganu, Mat Said sudah tidak menjadi ahli UMNO lagi. Akan tetapi, Mat Said, sebelum dan selepas mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong (Sultan Terengganu), nampaknya yakin akan dapat sokongan daripada adun-adun UMNO. Rayuan oleh Rasol Wahid agar Pak Lah dan Deris mengadap Sultan mungkin menuju ke arah apa yang diharapkan oleh Mat Said.

Dalam hubungan ini, PAS hendaklah mengambil sikap yang lebih berhati-hati. Mendengar cakapnya, Mat Said adalah seorang ahli UMNO sampai ke tulang sumsum. PAS jangan cepat melatah, menari mengikut gendang paluan Mat Said lantas masuk ke dalam perangkap. PAS perlu memikirkan kepentingan rakyat Terengganu, bukan sahaja untuk tempoh terdekat, tetapi juga untuk jangka panjang. PAS jangan terjadi seperti kata pepatah laksana orang yang "melepaskan anjing tersepit di celah pagar" atau menjadi seperti tebu, "habis manis, sepah dibuang". Adalah diyakini dan dipercayai, pimpinan PAS lebih bijak dalam menghadapi kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu kali ini. Walau pun PAS boleh dan wajar berdiri di belakang Istana dalam kemelut ini, tetapi perlu juga disedari bahawa perlantikan Mat said sebagai Menteri besar oleh MPPR hanyalah kerana itulah pilihan terbaik yang ada demi kebaikan pentadbiran negeri Terengganu dan rakyatnya. Rakyat mempunyai pilihan yang lebih baik daripada itu. Wa Allah a'lam.

Ahad, Mac 23, 2008

Kemenangan Yang Tidak Diberkati Allah!

Kemelut perlantikan Menteri Besar di Terengganu selepas PRU-12 pada hakikatnya adalah akibat daripada kemenangan yang tidak diberkati Allah. Melalui penipuan pengundi terancang @ hantu dan pemalsuan kad pengenalan, BN telah mencapai kemenangan yang agak selesa di Terengganu. Sungguh pun begitu, mereka gagal untuk menubuhkan sebuah kerajaan di negeri tersebut sehingga kini, kerana berlaku pergeseran di antara BN-UMNO dengan Istana Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar. Adalah jelas bahawa Istana tidak dapat menerima Datok Seri Isris Jusoh untuk menyandang jawatan tersebut, walau apaq pun sebab atau alasannya.

Pengisytiharan oleh Istana Terengganu mengenai perlantikan Datok Ahmad Said, ADUN Kijal, sebagai Meneteri Besar nampaknya tidak dapat menyelesaikan kemelut tersebut. Semua ADUN BN-UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak mahu menerima beliau sebagai Menteri Besar dan berkeras inginkan DS Idris Jusoh terus menyandang jawatan itu. Mereka malah mngugut akan memulau majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai Menteri besar dan akan mengundi tidak percaya kepada beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Malah, UMNO Malaysia, melalui Setiausaha Agungnya, telah memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin ke atas Ahmad sekiranya beliau mengangkat sumpah seabagai Menteri Besar. Sebenar apakah yang dikehendaki oleh UMNO, dan secara tersiratnya, apakah yang dikehendaki oleh Pak Lah sebagai Presiden UMNO?

Nampaknya Pak Lah telah kehilangan punca disebabkan kekalahan besar yang dialami oleh BN dan UMNO dalam PRU-12 baru-baru ini, lebih-lebih lagi dengan kehilangan kekuasaan mereka di 4 buah negeri baru, selain daripada kegagalan besar mereka untuk menguasai Kelantan. Beliau hampir lupa bahawa perhubungan di antara Ketua Kerajaan di negeri-negeri yang mempunyai raja dengan Sultan amatlah penting. Sekurang-kurangnya, Menteri Besar terpaksa mengadap Sultan seminggu sekali untuk melaporkan keputusan-keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Exco. Di manakah seorang Menteri Besar yang tidak direstui oleh Istana akan meletak hidungnya untuk mengadap Sultan? Apakah Pak Lah tidak menyedari hal ini sehingga sanggup mengarahkan Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan amarannya kepada Ahmad Said, yang secara tidak langsung menyanggah keputusan yang dibuat oleh Istana?

Apalah yang ada sangat pada Idris Jusoh itu, yang "cockiness"nya memang diketahui umum dan tidak disenangi oleh banyak orang, lebih-lebih lagi dalam hubungan dengan baginda Sultan. Pak Lah boleh mnyelesaikan perkara ini awal-awal lagi apabila pihak Istana membatalkan majlis angkat sumpah Idris pada 10 Mac yang lalu, dengan mengemukakan satu nama lain yang boleh diterima oleh Istana. Akan tetapi, mungkin kerana datang dari sebuah negeri yang tidak mempunayi raja, Pulau Pinang, Pak Lah tidak merasakan keperluan berbuat demikian. Menurut satu sumber, dalam kemelut perlantikan Menteri Besar Perlis, Pak Lah tidak mengadap DYMM Raaja Perlis untuk mencari penyelesaian, dan berpada hanya dengan menghantar Najib berbuat demikian. Beliau boleh menasihati Idris supaya bersedia menerima ADUN UMNO yang lain sebagai Menteri Besar dan menasihatkan ADUN-ADUN yang lain membuat perkara yang sama. Ini tidak dilakukannya. Beliau nampaknya malah terikut-ikut dengan silat gayung Idris dan membiarkan krisis kerajaan Terenggunu berlarutan sehingga 2 minggu. Adalah dipercayai pihak Istana tidak memngambik keputusan dalam tempoh tersebut kerana ingin melihat apakah tindakan Pak Lah dalam hal ini. Akan tetapi, apabila tidak ada tindakan daripada beliau dan semuanya seolah-olah diserahkan kepada Idris, maka akhirnya Istana membuat keputusannya. Apakah kesudahan kemelut ini sama-samalah kita nantikan. Setakat mana ADUN_ADUN BN-UMNO bersedia untuk mengotakan ancaman mereka dengan memulau majlis angkat sumpah berkenaan dan seterusnya mengundi tidak percaya kepada Menteri Besar yang dilantik oleh Istana.

Cuma, beberapa persoalan timbul di kepala. Apakah rahasia disebalik "kebergantungan" Pak Lah kepada Idris? Adakah hal ini ada kena mengena dengan kegelojohan Patrik Lim @ Badawi dan Khairi Jamaludin?

Atau apakah Terengganu akan menyaksidkan episod-episod yang tidak menyenangkan seperti yang pernah berlaku di Kelantan satu ketika dulu apabila satu percubaan dibuat untuk menabalkan seorang Sultan baru?

Itu hanya sekedar persoalan sahaja. Percayalah apa yang berlaku adalah akibat daripada kemenanangan yang tidak diberkati Allah!

Selasa, Mac 11, 2008

Tempias PRU-12

Setelah selesai PRU-12 dan parti-parti yang dahulunya tidak memerintah, tapi sekarang diberi kepercayaan memerintah mula menghadapi masaaalah yang tidak dihadapi mereka sebelum ini. Keluar pelbagai kenyataan, pandangan dan cadangan, sama ada secara resmi atau tidak. Di antaranya ialah hal-hal di bawah ini:

1. Pandangtan (saya kira ini merupakan pandangan Ronnie, bukan keputusan DAP) menuntut Timbalan Menteri Besar mewakili org Cina dan org India, bertentangan sama sekali dengan prinsip DAP dan PKR, parti-parti yang mendakwa tidak lagi berjuang atas asas perkauman, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu perlantikan exco tidah boleh dibuat atas asas seseorang wakil rakyat itu mewakili prg Melayu, org Cina atau org India. Begitu juga dengan perlantikan Menteri besar atau Timbalan Menteri Besar. Wakil-wakil rakyat yang dipilih juga tidak boleh merasakan mereka mewakili mana-mana kaum tertentu. Dan dalam realitinya, boleh dikatakan tidak ada wakil rakyat yg terpilih, terutama di kalangan parti-parti pembangkang di Selangor dan Perak , berjaya dalam pRU-12 ini kerana diundi oleh satu-satu kaum sahaja. Semua kaum sebenarnya memberi sumbangan ke arah kemenangan mereka. Saya sebenarnya tidak menjangka cadangan/pandangan seperti itu datangnya daripada orang seperti Ronnie.

2. Semacam "kekecohan" berlaku dalam perlantikan Meneteri Besar Perak. Muncul berita yang seolah-seolah "menuduh" PAS gelojah untuk mendapat jawatan tersebut. Sepatutnya hal ini tidak timbul langsung selepas yang ampunyai diri, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin, sendiri menjelaskan yang dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Berita ini mungkin merupakan pandangan-pandangan sahaja yang kemudian dianggap sebagai satu keputusan. Lebih-lebih lagi apabila disiarkan dalam laman-laman web pro-PAS dan seumpamanya. Sungguh pun begitu, saya sangat setuju supaya pimpinan PAS dan PKR serta DAP lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Keutamaan perlu jelas dan diberiperhatian. Jangan sebarang pertanyaan daripada wartawan diberi jawapan, yang kadang-kadang dipergunakaqn untuk menikam kita sendiri.