Selasa, April 08, 2008

Wawancara TGHAH ......

Adalah diyakini sepenuhnya bahawa TGHAH dan PAS tidak akan meninggalkan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam. Akan tetapi, dalam usaha tersebut, orang mesti menerima realiti dalam erti kata berusaha merubahnya, bukan tunduk kepadanya. Inilah yang dimaksudkan oleh TGHAH dalam wawancaranya. Tanpa mengakui dan menerima realiti di sekeliling kita, kita tidak akan berjaya merubahnya, kerana kita merasakan realiti itu tidak wujud dan tidak perlu diambil kira. Dalam menerima Pakatan Rakyat, kita pasti PAS akan berusaha untuk menjelaskan dan memberi kefahaman kepada rakan-rakan dalam PR akan keunggulan sebuah pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Inilah peluang yang perlu diambil untuk mendakwahkan kelebihan Islam. Sesungguhnay, pemerintahan Islam yang lengkap dan sempuran (bukan hanya perundangan hudud!) bukan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk seluruh manusia. Dan dalam sejarahnya, Islam tidak hanya memerintah orang Islam, tetapi rakyat yang terdiri daripada penganut pelbagai ugama dan pelbagai bangsa dan keturunan. Wa Allah a'lam.

Tiada ulasan: